Sunday, June 17, 2012

Gasping

Dulu , aku berchatting dengan kawan-kawan.
Lelaki mahupun perempuan.
Kau cemburu kerna kau kata kau sayang.
Suatu saat, aku tinggalkan mereka.
Untuk orang yang aku sayang, iaitu kau.
Hati berbelah bagi, tetapi aku berkorban.
Untuk orang yang aku sayang, iaitu kau.

Aku cuba tutup telinga, pekikan mereka terlalu kuat.
Aku dituduh sombong, lupa kawan, lupa diri.
Semuanya kepada aku, bukan kau.
Aku menangis sehingga kering air mata.
Kau dengar tangisan itu, tetapi kenapa sayang ?
Kenapa kau hanya berdiam diri ?
Kenapa kau masih salahkan aku ?

Kita bermula daripada kawan,
Kemesraan yang terjalin membuatkan kita saling menyukai,
Kita mula berkomunikasi tanpa mengira waktu.
Kita bermesra, dan akhirnya kita bercinta.
Itulah yang kau sedang lakukan semula
Tetapi bukan dengan aku, tetapi dengan dia.
Mengapa ? Jawapan kau tetap sama.
Kau katakan aku salah, aku dipersalahkan.

Maruah, wang, kawan, keluarga aku ketepikan,
Untuk kau Azlan, untuk kau sayang.
Aku tidak dapat apa yang aku korbankan.
Hanya yang kau beri ialah kata-kata yang merobek hati aku.
"Perempuan tak guna!", "Perempuan bodoh!"
Aku menangis sepanjang malam.
Aku menjerit sekuat-kuatnya.
Adakah engkau peduli ? Adakah engkau kisah ?

 Kau mempermainkan perasaan ini.
Tercipta perasaan kasih untuk kau seorang.
Tiada satu pengorbanan yang kau syukuri.
Tiada satu titisan air mata yang kau kesal.
Tiada satu jeritan yang kau sedar.
Dimanakah keadilan dalam perhubungan ?
Apakah kau tidak mencintaiku lagi ?

Lepaskanlah aku bila kau tidak lagi cinta.
Lepaskanlah aku bila kau sudah ada dia.
Lepaskanlah aku bila kau sudah cukup menyiksa aku.
Aku terseksa, aku terluka.
Terdampar di satu sudut, menunggu detik-detik kematian.

Ya Tuhan, apakah aku diciptakan untuk disakiti ?
Apakah aku diciptakan untuk dicurangi ?
Apakah aku diciptakan untuk dipermainkan ?
Apakah aku diciptakan untuk menangis atas pengorbanan sendiri ?
Apakah tiada belas kasihan terhadap diri aku ini?
Mengapa ? Aku tertanya-tanya.

Sehinggalah titisan air mata terakhir,
Sehinggalah titisan darah yang terakhir.
Kau tetap menegakkan ego kau
Dan mempersalahkan aku terhadap semua pertengkaran.
Sehinggalah aku tidur di dalam tanah.
Kau tidak akan sedar.
Aku tetap mencintaimu, setulusnya, hanya kau seorang.
Akulah, wanita yang kau selalu sakiti.